Monday, October 30, 2017

KARIPAP DAGING SEDAP

Assalamualaikum semua..moga para pengunjung blog inahar sentiasa sihat dan ceria selalu ye. Dah lama kita tak menguli2 tepung..jadi arini Pn Doc nak kongsi resipi karipap yg sangat sedap, rangup, rapuh tapi tak berderai so takla muak sangat bila makan. Memang sangat puashati dengan kejadian karipap ni. Mekaseh buat Surianti kitchen dan Roha Hassan berkongsi resipi kuih yang marbeles ni. Jom kita zaass resipi yok!

Karipap Rapuh (tidak berderai)
Resipi asal : @rohahssan
Sumber 1 : @surianti_kitchen
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan
( lebih kurang 20 biji )
250g tepung gandum
85 ml minyak jagung
125 ml air sejuk dari peti ais
1/2 tsp garam
1 biji limau kasturi ( ambil jusnya )

Cara
1. Dalam bekas tahan panas masukkan tpg gandum dan garam
2. Panaskan minyak jagung , biar benar2 panas dan tuangkan dalam tepung tadi , gaul rata mengunakan senduk kayu sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli ( stop tuang air jika dough dah lembut dan tidak melekit pada tangan )
4 .masukkan perahan jus limau dan uli bagi rata . Kemudian masukkan dough dalam plastik / bekas kedap udara dan rehat selama 15 minit hingga ia berbeluh / berwap
5. Keluar kan dough dan bulat2 kan sebesar guli atau 25g setiap satu biji . Buat hingga dough habis dan masukkan semula dough dalam plastik , ikat kemas dan rehat kan semula selama 15 minit
6.Setelah 15 minit canai dough mengunakan roll pin . Jangan tebal sangat dan jgn nipis sangat . kemudian terap dgn acuan bulat .letak inti dan klim bagi kemas kemudian susun dalam tray or loyang . Bila dah siap taburkan sedikit tepung .
Goreng dgn api sederhana.

Inti karipap

Bahan2 :
3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu
1 mangkuk kecil daging cincang
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji lada merah
2 sb rempah kari
1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sup/daun bawang

-panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebelum digunakan.

Inti karipap (kentang & ayam) Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu 1 mangkuk kecil isi ayam 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji lada merah 2 sb rempah kari 1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Daun sup/daun bawang -panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebelum digunakan. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

2 comments:

adda syuhada said...

sdp2 nampak karipap tu..:)

inahar ali said...

adda..alhamdulillah sedap. Nanti tryla resipi ni ye!