Thursday, September 21, 2017

SOFT MARBLE CAKE

Assalamualaikum..arini kita nak share resipi kek marble lembut yang tengah fofular di kalangan food blogger masa kini! Ada macam2 variasi resipi yang kita boleh cari di google. Dalam bnyak resipi tu..resipi oleh Surianti kitchen yang paling menawan hati sebab nampak mudah jer cara pembuatan juga bahan2 yang digunakan. Resipi kita cnp di blog Syapex. Mekaseh buat Surianti juga Syapex yang telah berkongsi resipi yang sedap ni. Kejadian yang sangat soft dan gebuss! Jom zaass resipi yok..

Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Resipi asal : Surianti Kitchen
Sumber 1 - syapex kitchen
Sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )

 
Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

 
Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak


Cara penyediaan
Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit )Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga sebati.Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.Bakar hingga masak pad suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing ).Sejukkan diredai.

4 comments:

sweetie said...

ok nanti saya cuba pulak.

inahar ali said...

Ksweetie..cuba jangan tak cuba ye! hihi

Norlaili A Wahab said...

oh kek marble...my favourite :)

inahar ali said...

Norlaili..feveret akak juga kek marble cenggini. Sedap tak muak mkn..huhu