Saturday, February 18, 2017

SAMBAL BILIS TEMPE PETAI

Assalamualaikum..lagi resipi sempoi dari dapur Pn Doc ye. Sambal bilis tempe petai sangat enak sebagai penambah selera bila dimakan bersama nasi panas dan lauk2 utama yang lain. Memang bertambah2 ler pinggan nasi tu kan. Jom zaass resipi yang sangat mudah ni ye!


RESIPI SAMBAL TEMPE BILIS PETAI

Bahan-bahan

2 bungkus tempe-potong dadu nipis 
1 biji kentang-potong dadu 
segenggam ikan bilis 
1 biji bawang besar 
2 biji bwg putih 
1-2 sudubesar cili giling 
sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang 
isi petai secukupnye
air asam jawa 
garam 
gula 

Cara penyediaan 
1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng. 
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus. 
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak. 
4. Masukkan sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. 
5. Masak seketika kemudian masukkan petai, tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi. 
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat. 

2 comments:

tun_telani said...

Salam kak ina.. lama tak berBW.. tun suka smbal tempe+bilis.. tp xpandai makan petai yg dimasak. kalau petai mentah tu blh la juga makan sikit2 buat ulam. seulas utk sepinggan, gigit sikit2.. hihi

inahar ali said...

TUN..amboi lama kan kita tak bertegur sapa. Tun pekabo? Baby sihat? Petai ni mmg feveret kami sekeluarga..mentah ke masak ke..semua kitorg bedal. hihii!