Tuesday, August 14, 2012

CUMIN RICE- ARABIC STYLE!

Assalamualaikum..ketemu kembali kita ye! alhamdulillah Pn doc dpt cuti semalam hingga esok..dpt laa kita memasak kembali setelah lama dapurku tak berasap dek kerana sibuk bertugas sepjg minggu lepas..adoyai! rasanye tahun ni mmg pn.doc x sempat langsung nak mengukis sbb terlalu kesuntukan masa..nmpak gaya kita main kuih tunjuk2 jerlaa..alahai! okayla..berbalik kepada entry arini masih lagi berkisar ngan masakan arab iaitu nasi jintan putih @ cumin rice..menu berbuka semalam actually..menu yg lebih sempoi cara masaknye banding ngan nasi kabsa @ nasi mandhi ker..rasa mmg tak mengecewakan..anak2 & mrhubby bertambah2 you!! resipi amik dr dapur wana..mekacehh wana for sharing ye! nasi ni kita makan ngan ayam goreng berempah, sambal telur & salad je..jom kita zaas resipi..


Resepi Nasi Jintan Putih – Arabic style
sumber- wana
2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selama 30 minit & toskan (kita guna beras siam wangi)
1/4 cawan kismis
1/4 cawan mix vege
2 cmb minyak masak
1 cmb Ghee
1 kiub ayam
Air secukupnya sbb ikut jenis beras..

Bahan tumbuk/kisar
2 biji cardamom*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices/ mix herb/rempah campur

Bahan Tumis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1/4 tsp jintan putih/cumin (biji)

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan ghee dalam periuk, masukkan bahan2  tumis dan masak hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk diikuti dengan kismis dan mix vege, goreng sebentar.
3. Masukkan pula beras dan goring hingga selama 1 minit dan msukkan air panas secukupnya.
4. Bila dah mendidih masukkan rose water jika suka dan gemburkan sedikit.
5. Tanak seperti biasa.
Hidangkan dengan ayam, salad/acar.
Selamat mencuba..

* saya titik kan sikit pewarna oren keatas nasi semasa nasi telah kering… tutup hingga nasi masak… masa nak menghidang gaul2kan nasi tersebut agar warna oren bercampur dgn warna asal nasi…. (kita x buat pun)
p/s…. tips utk masak nasi guna beras basmathi….. masa bubuh air tu lebihkan 1/2 inci paras air shj dari permukaan beras…. nasi tak akan lembik sangat!!!….


8 comments:

EJHarraz said...

Assalamualaikum Pn Doc.
sedap nampak nasi jintan arabic style ni...buat tuk hidangan raya/open house pun ok gak nie..masaknya pun simple..boleh lah try.
Dikesempatan ini Iza ucapkan Salam Hari Lebaran Minal Aidin Wal Faidzin buat Inahar sekeluarga..moga segala amalan puasa kita mendapat keberkatan dari-Nya.

Mieza said...

Kak ina..mieza suka nasi arab...mmg sedap gitu nasi depa..tp mmg depa makan tak der kuah kan..mesti mieza nak gak masak dalca utk makan..nnt mieza nak try nasi ni...menu hari raya nanti ialah nasi mandhi..permintaan dari adik-adik ipar..tak sabar!

inahar ali said...

Iza..mmg betui nasi ni sesuai utk jamuan open house. Selamat menyambut rsya maaf zahir batin gak wat iza srkuarga ye!

inahar ali said...

Mieza..nnti tryla wat nasi jintan arab ni ek! Makan ngan lauk dalca mesti best woo!

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Idil Fitri dan Maaf Zaahir Batin

eqeen said...

salam..thanks for this recipes...nak cuba lah :)

Anonymous said...

apa cmb?

wana yusuf said...

salam doc Ina...
thanks ye sudi cuba resepi tu... happy gak dengar family doc suka nasi tu... lauk2 yg seangkatan dgn nasi tu nampak sedap2 dan menyelerakan...

maaf ye baru hari ni sempat online dan bw ke sini...