Wednesday, July 12, 2017

KEK LUMUT VERSI BAKAR


Assalamualaikum..arini Pn Doc nak berkongsi kejadian kek lumut versi bakar ilham kita sendiri disebabkan faktor kemalasan nak mengukus sampai 4 jam..huhuu! Cer tengok..cer tengok!! Alahai..hihii! Okayla kek versi bakar ni masih lagi sedap dan moist kejadiannye walaupun tak selembap kek kukus kejadiannye. Kalau ada diantara pengunjung yang juga ala2 malas dan kurang penyabar ataupun berminat nak cuba versi bakar ni..silakan ye! Kalau nak lihat kek lumut versi kukus boleh lihat di sini . Jom zaass resipinye ye!

 
Kek Lumut II
resipi asal - DayangJack@Dapurku Sayang
sumber - inahar's cooking time


bahan-bahan : loyang 8" x 8"



  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
  • 1 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 
  • Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)(Pn Doc bakar kek ni pada suhu 180c selama 45-50 minit ikut oven memasing ye)
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

Monday, July 10, 2017

BLUEBERRY OREO CHILLED CHEESECAKE

Assalamualaikum.. Dah lama kita tak mengecis kan so raya ni kita layan kehendak mrhubby nak mamam cheesecake oreo ni. Selalu asik beli jer katanye jd nak rasa yg homemade pulak. Ok kita layankan ajer..mmg sekejapan jer mrhubby dan anak2 berebut melicinkan cheesecake ni..hihi! Sedap benor katanye..hahaha! Entri utk nonbaked cheesecake sebelum ni boleh di lihat di sini dan sini ye. Kalau suka yg baked cheesecake pula boleh lihat di sini dan sini. Jadi jom kita zaass resipinye..

RESEPI : CHILLED OREO CHEESE CAKE
sumber: inahar's cooking time


Bahan-Bahan

Untuk base :
200gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan
70gm unsalted butter - dicairkan

Untuk Filing
500gm (16oz) Philadephia cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
200gm whipping cream -thickened cream pun boleh guna
1/2 cup gula kastor
1.5 sudukecil esen vanilla
1 sudu besar gelatine dilarutkan secara 'double-boil' dgn 30ml air - larutkan didalam microwave jer
40ml jus lemon - boleh guna satu bekas yogurt (140ml)
5 - 10 keping biskut oreo dipatahkn

Cara membuatnya
1. campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.

2. di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.

3. di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon/yogurt, gelatine cair dan esen vanilla...putar lagi hingga sebati.

4. campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese dan masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan. Saya tambah blueberry topping atas cheesecake td.

5. sejukkan/freezerkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan. *** untuk hiasan di atas boleh dihiaskan dengan serbuk biskut oreo atau biskut oreo itu sendiri.

Friday, July 7, 2017

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum..jom layan another delicious cookies punyer resipi ni. Biskut ni sgt popular di kalangan foodblogger suatu masa dulu tp as usual Pn Doc baru pertamakali nak cuba resipi ni. Memang sedap banget uolls! Another keeper recipe ye! Jom kita zaass resipinye!

RESIPI RED PEARL COOKIES
Sumber 1 - fieza delights
Sumber 2 - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor
21/2 cawan tepung gandum
21/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan

1/2 suduteh emplex (sy tambah)

Cara

1. Gaul sebati butter dan gula kastor. .
2. Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.

3. Masukkan tepung gandum, cornflakes, badam & coklat cips.  Gaul sebati.
4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar.
5. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar 20-25 minit pada suhu 170'c.

Wednesday, July 5, 2017

CORNFLAKES MERINGUE COOKIES

Assalamualaikum..okay masih lagi dgn resipi cookies sempena raya ni ye! Cornflakes meringue cookies ini adalah resipi biskut paling popular cariannye di blog kita setiapkali musim raya. Memang sgt sedap dan crunchy..cookies wajib buat kt umah kita ye. Buat sebalang memang takkan cukup punye. Hehe! Resipi dah banyak kali share tp takper kita cnp lagi dan lagi ye..hihi

RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
resipi asal - LG
sumber: inahar's cooking time

Bahan2:

220gm Cornflakes
125gm Choc Chips
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced


Cara-cara:

Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)Masukkan gula sikit2 hingga habisPukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)

Monday, July 3, 2017

TART NENAS

 
Assalamualaikum..ok arini Pn Doc nak berkongsi resipi biskut tart nenas ni yg pertamakali kita buat. Alhamdulillah menjadi dgn elok dan sedap kejadiannye. Sebenarnya resipi ni adalah resipi keluarga turun temurun kawan saya Pn Ila. Sebelum ni kita selalu order jer biskut tart ni setiapkali raya dgn Pn Ila ni tapi sejak beberapa tahun ni beliau sudah tidak mengambil tempahan biskut raya jadi terpaksa la kita mencuba buat tart ni sendiri. Mekaseh Ila berkongsi resipi ni dgn kita ye. Jom kita semak resipinye..

RESIPI TART NENAS
resipi asal - Pn Ila
sumber - inahar's cooking time


bahan
250 gm buttercup
3 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum (lebuhkurang)
2-3 sudubesar air garam
inti nenas (saya beli readymade)
kuning telur utk  sapuan

cara
Pukul mentega dan kuning telur hingga agak kembang. Kemudian tambah tepung secukupnya. Uli sebati dan tambah air garam sedikit (saya guna lbh kurang 3 sudubesar air garam). Uli lagi dan simpan doh sebentar. 
Bulatkan doh dan leperkan. Masukkan inti nenas yg telah digentel bulat sebelumnye. Kemudian tutup kemas dan bentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai. Cucuk bunga cengkit dibahagian atas jika suka.
Susun doh yg dah siap atas dulang pembakar. Sapu ntelur diatasnya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180c selama 20-25 minit (mengikut oven memasing)