Wednesday, November 1, 2017

ASAM PEDAS IKAN KEMBONG

 
Assalamualaikum..hollaa!! Asam pedas ikan kembung ni menu tertunda ye kwn2..hehe! Kita masak minggu lepas..atas permintaan Kak Ayin yg pulang bercuti weekend dari uitm shah alam. Alhamdulillah mmg sedap resipi CMG ni. Cukup pekat, rasa masam masin nye. Macehh Mat berkongsi resipi yg enak banget ni! Jom kita zaass resipi best ni yok!

Resipi Asam Pedas Ikan Kembung
Resipi asal : CMG
Sumber : inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-) 

2 - 3 ekor ikan kembong @ mabong, bersaiz besar
1 biji terung biru, kerat 2 dan belah 4 setiap keratan
1 biji tomato, belah 4
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN TUMBUK HALUS :-) 

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras, hiris
3/4 camca teh lada hitam biji
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-) 

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana. Tambah terung (toskan) dan biar terung lembut sedikit. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


6 comments:

Unknown said...

mengancam lah asam pedas tu, gu dengan nasik putih memang sedap tu doc hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Ina...jumpa kat blog semula...Br 'jumpa' blog ni semula...tu lama menyepi.
Asam pedas ni...klu atie suka klu org lain yg msk...sedap
Klu sendirik yg msk ..rasa tak sedap plk..hehe

inahar ali said...

Knoor..iye kak gu ngan ikan masin or telur masin gak. Hihi

inahar ali said...

Atie..hahaha benar tu. Klu airtgn org lain rasa serba sedap. Mungkin bosan ngan airtgn sendiri gak kot..hihi

Amie said...

Terliur tengok asam pedas ikan kembung ni tau...entah berapa lama tak masak ikan, sampai rindu nak makan ikan. Bawak lari semangkuk asam pedas Dr ni ye he he heeeee.

inahar ali said...

Amie..bawa lari gambo jer ler. Ikan sebenar dah jd baja dah pun ..hihii