Saturday, December 31, 2016

DAGING GORENG BLACKPEPPER

Assalamualaikum,,arini Pn Doc nak berkongsi resipi daging yang sgt mudah dan sedap ini. Daging goreng blackpepper ni menjadi kegemaran cikhubby dan anak2. Jadi kalu ada yg berkenan nak menerai resipi ni..jom kita semak yok!

RESIPI DAGING GORENG BLACKPEPPER
sumber - inahar's cooking time


Bahan-Bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)- hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih- hiris nipis
  • 1 biji bawang besar- hiris bulat
  • 1/2 inci halia - potong nipis/halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis secukupnye
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 5-8 biji cili api
  • minyak masak secukupnye untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih, dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  4. Akhir sekali tambah bawang besar dan cili api. Goreng lagi sebentar kemudian tutup api. Siap utk dihidangkan.

No comments: