Thursday, March 28, 2013

JJCM MEE REBUS JB..

Assalamualaikum..alhamdulillah Pn Doc sekeluarga selamat kembali ke KL setelah pulang bercuti ke Mersing & JB dari hari sabtu lepas hingga sampai kembali ke KL malam semalam..waduh mmg letih tp amat seronok..ekceli balik mersing sebab menghadiri kenduri kahwin sepupu satu di teriang endau lagi satu sepupu di Bukit Cantik Mersing..mmg kaw-kaw belasah nasi beriyani ngan gulai kambing..amik ko!! pastu hari ahad kami bergerak turun ke JB lak menginap di Bayu Marina
Resort..paling best kt JB ialah sessi JJCM mee rebus tersedap di sana..sempat gak kami merasa mee rebus tulang di ZZ sup tulang @ Jln Petri JB hari ahad malam tu pastu the nextday tu kami ke kedai Zainal's place kepunyaan anak Hj Wahid tauke mee rebus plg ngetop di Johor..perghh mmg terbaekk!! malas nk citer banyak ..korang layan jerla foto2 kt bawah ni ek..

mee rebus tulang hj wahid @ tebrau JB

mee rebus tulang @ restoran ZZ sup tulang di Jln Petri JB

sup tulang ZZ special..

Di bawah ni lak foto2 semasa menginap di apartment Bayu Marina Resort..








pemandangan dari balkoni bilik kami..city view..leh nampak singapore uu..hehe!




Sri & Adam..ready to swim..huhu!! 
di belakang tu kelihatan Sg. Tebrau betul2 bersebelahan resort (pandangan dari balkoni depan lak)


ni pulak di pantai penyabong endau mersing


sekitar perkahwinan sepupu2ku..tahniah diucapkan buat Dikjan serta suami juga Dr Faheem & isterinya(foto bawah sekali).. moga kekal bahagia hingga ke anak cucu..amin!!




Thursday, March 21, 2013

DEMAM K-DRAMA LA PULAK!!

Assalamualaikum..lamanya Pn Doc tak mengupdet blog kan..aduii..bukan apa..la nih tgh demam..bukan demam panas tapi demam tonton citer korea lak..adehhh..tu la pasal..mmg dari dulu cukup malas nk layan citer kdrama nih sbb kalu dh mula start tgk terus takleh stop..haa amik ko!! berpinar mata nih nk ngabis kan marathon drama kt internet nih..tapi nk wat camner kan..mmg drama diorang tak dinafikan sgt mengasyikkan dan leh ketagih woo..haha!! entry masak2 kena tungguu aaarr..daaa!!

 drama the greatest love..one of the best drama yg pernah ku tonton..!

 Drama Beautiful Days..baru jek abiss ku tonton..

Queen of Ambition..sedang tonton di dramacrazy.net..kt channel ONE HD astro pun sedang ditayangkan drama nih setiap isnin & selasa jam 10.00 malam..jom tonton sama2 nak..hehe!

Tuesday, March 5, 2013

ROCK OO..BEST WOO!!

Assalamualaikum..anda minat filem rock?? jangan lupa ke pawagam menyaksikan filem karya terbaru sutradara Mamat Khalid iaitu filem "ROCK OO" yg bermain dipawagam sekarang..mmg terbaekk!! filem ini adalah kesinambungan filem "ROCK" yg ditayangkan beberapa tahun dulu. Pn doc dan family sempat meluangkan masa menonton filem ni malam sabtu aritu di TGV wangsa walk..fullhouse beb! sebaik dh booking tiket awal2 lagi..setinggi tahniah utk mamat khalid serta semua pelakon filem ini iaitu que haidar, khir rahman, sofi jikan , pekin ibrahim juga pelakon2 lain yg telah memberikan lakonan yg sgt mantop! walaupun filem ini bergenrekan komedi tapi bnyk juga momen2 sedih yg menyebabkan bergenang airmata penonton. Ia mengisahkan kesinambungan kisah kumpulan rimba bara melalui segala ranjau duri utk menaikkan kembali zaman kegemilangan kumpulan rimba bara nih..bnyk scene2 yg sgt nostalgia!! almaklumlaa Pn doc suami isteri ni kan mmg peminat rock semasa muda2 zaman 80an hingga 90an tu dulu kan..hehe!! so mmg sgt2 memahami dan menyelami dunia rock waktu tu..haha!! lebih best lagi bila dimainkan kembali lagu2 rock yg ngetop zaman tu dari nyanyian kump search, may, medicine,wings, sweet charity dan bnyk lagi..perghhh.. mmg layan habiss uollss!! filem ini mmg sgt2 berbaloi utk ditonton..so apalagi geng..serbu pawagam2 berdekatan dan saksikan sendiri kehebatan filem ni..okayy!! adioss!!