Sunday, November 25, 2012

SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA

  

Assalamualaikum..hollaaaaaa..lamanye Pn.doc berhibernasi..hehe! biasala bila dh start cuti skool nih sebenarnya bukan boleh rehat lagi sibuk ibu & ayah ada lah..adehh!! mana sibuk ngan abg bani yg tgh exam spm pastu urusan pertukaran sekolah sri lagi dan segala macam hal lg yg perlu diuruskan segera..mmg tak menyempatlaa Pn.doc nk hupdet blog kann..ni pun curi2 time jap mlm nih nk updet resipi spagheti beef mushroom carbonara nih sbb ramai kengkawan di FB & instagram sudah bertanyakan resipinye..so korang layan resipi jerla kan sbb makanannye dh lama abisss ek sori..hehe! korang boleh tgk di entry lama di sini gak..Selain dari pasta..sos carbonara nih leh layan ngan roti garlic juga..ekceli bila wat sos ni guna beef lagi sedap dari ayam sebab lebih terasa kemanisan daging dalam sos tu..cer korang try ek..cer try..cer try!!

RESIPI SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA
sumber: inahar's cooking time

Bahan-bahan

  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
  • 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
  • 750ml air atau lebih.
  • 1/2 mangkuk daging cincang @ secukupnye-kita guna jenama ramly
  • 1-2 ketul kiub pati beef
  • 1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada itam
  • 1 sudu teh daun parsley kering
  • sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
  • garam sedikit
  • perisa
  • parmesan cheese atau sliced cheese-optional
  • pasta secukupnye
Cara-cara

Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi daging cincang. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama pasta,garlic bread atau lain2 pilihan.

RESIPI GARLIC BREAD

roti perancis/roti biasa 
2 camca besar mentega
* 
2 ulas bawang putih, diparut
* 
1 camca teh cincangan parsley
*(*disatukan dan kacau rata2)

Hiris roti secara menyerong setebal 3/4 inci. Sapu setiap satu hirisan roti dengan campuran mentega tadi (sapu satu bahagian saja..), buat hingga siap. Dengan api perlahan, panaskan non-stick frying pan dan panggang roti tadi sehingga kuning keemasan. Lakukan kaedah sama dengan baki roti tadi hingga habis. Hidangkan bersama mushroom soup....selamat mencuba....

Tuesday, November 13, 2012

AKHIRNYA..MOO..MOO!!


Assalamualaikum..hollaaaa..moo..moo!! hahaahaa..jangan terperanjat lak kata Pn Doc dh kena rasuk dek lembu lakk..hehe! bukan apa..sejak dua menjak nih kemain famous amos nengok moo moo cake ni di internet juga diperkatakan oleh kengkawan blogger..mr hubby pun kemain memuji kesedapan kek ni setelah diberi sepotong oleh rakan sekerjanya baru2 nih..dek teringin sgt bila mendengar pujian melambung oleh ramai orang..kita pun merajinkan diri menggugel cari mana bakery yg ada dijual kek moo moo nih..sebaik terjumpa satu blog ni bercerita mengenai bakery pistachio di danau kota yg ada menjual kek ni..apalagi pagi tadi dgn tak sabarnya me & mrhubby telah zaaas ke danau kota cari bakery pistachio nun..terus beli 2 biji swiss roll moo moo ni..balik umah terus potong & ngap..mrhubby & anak2 suker banget..the swissroll is supersoft with it's super rich creamy milky filling..memang wallaa utk pengemar susu tp bagi pn doc sendiri yg  mmg tak pernah suker susu sejak azali lagi rasanya mcm takleh telan lak rasa krim tu yg sgt kuat milky taste nya..alahai..mr hubby kata rugi woo tak makan kek moo moo nih..ish nak wat camner kan mmg tekak ni tak boleh telan rasa susu kan..adoii! anyway..moo moo cake nih mmg sesuai banget buat uolss milk lovers out there..so korang boleh try cari kek ni di kedai bakery berdekatan umah uolls ek..rasanye dh banyak bakery yg jual moo moo cake nih..try jangan tak try ye..daaa!!!



Friday, November 9, 2012

TRIFLE ISTIMEWA MAT GEBU


Assalamualaikum..semalam pn doc telah mencuba resipi puding trifle istimewa dari dapur CMG..jejaka hangat di sedenak sana nun..dh lama nk try cuma tak terbuat2 jek..fuhhh..mmg benar bagai dikata oleh Mat..puding ni tersgtla mewahnye rasa..lemak berkrim rasa kastad juga whipped cream tu dilawan kan pula ngan rasa masam2 manis jelly & fruit koktel tuh..mmg mantopp!! ni mmg resipi dessert yg wajib korang cuba ek..tersangatla sedapnye..mekacehh beribu2 lemon ye Mat for sharing resipi yg meletup nih..muaaaahhhh!! jom kita zaaas resipi..izin akak cnp resipi dari dapur Mat ye! (foto step by step boleh jenguk di dapur CMG ye).

PUDING TRIFLE ISTIMEWA
resipi asal-CMG
sumber- inahar's cooking time

BAHAN KEK SPONGE :-) (Pn doc tak buat sbb guna swiss roll readymade jek)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla


BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla


BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah


BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..



Sunday, November 4, 2012

SELAMAT BERJUANG ANAKKU...


anakandaku Bani dan adindaku syafiq (bertopi)


Assalamualaikum buat semua pengunjung..esok bermulalah peperiksaan SPM buat anakanda sulongku abg bani juga adinda bongsuku syafiq. semestinya kewajiban kita sebagai ibu bapa utk mendoakan serta merestui anak2 agar tenang dan sabar menjawab soalan. Sebagai ibu hanya doa yg kupanjatkan..semoga Allah SWT permudahkan daya pemikiran serta lancar menjawab dan seterusnya  mendapat keputusan yg baik dan cemerlang..insyaallah..amin! Wahai anakandaku..mulakan menjawab soalan dgn bismillah dan bertawakkallah.. 
Jangan lupa amalkan doa ini sebelum menduduki ujian..

اللهماافتحع علي حكمتك وانشر علي رحمتك وزكرني ما نسيت يا زالجلال واالكرام

Allahummaftah alaiya hikmataka wansyur alaiya rahmataka wazakkirni ma nasitu ya zaljalaliwal ikram..

Ya Allah, bukalah kebijaksananMu kepadaku, limpahkanlah rahmatMu kepadaku dan ingatkanlah aku apa yang aku lupa, wahai zat yang memiliki keagungan dan kemurahan..
selebihnya serahkan saja kepada Allah SWT...

Selamat berjuang anakandaku...