Sunday, February 21, 2010

MENU ARINI..

Jom layan menu arini.....seme lauk feveret anak2!! esok dh stat bertugas kembali pagi ke malam sepanjang minggu so dapur ku stat gantung kuali..hehe! daaaaaa...will miss uolss!!

ayam masak merah

sotong goreng berempah

ikan masak singgang

sayur goreng campur

Friday, February 19, 2010

RICH OREO CHOC BROWNIES



Taraaaaaaa...jom makan brownies!! panas2 br kuar oven nih...perghhh! mmg tersangatla marvelousnye rich oreo choc brownies nih..setanding ngan namanya..mmg sgt rich,moist & chocolatey! thanx a million to sifu alongroz for this another 5 ***** recipe! oreo cookies tu menambahkan chewy gooey texture pd brownies ini..sape yg lum cuba resipi nih..baikla try cepat baru tau betapa superbnye rasa brownies ni! kalu x rugi wooo wa cakap lu!! hehe.. jom kita layan resipinye..kita cnp jek dr umah along ye!! lebiuuuuuu!!!

RESIPI RICH OREO CHOC BROWNIES

(Makes 8" sq)
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)
**kita guna oreo double cream peanut butter & chocolate..sedap woo!

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.


2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.


3. Bake 170C for 45 min.

Thursday, February 18, 2010

HOMEMADE CHOCOLATE AGAIN!!



i mix almond nibs lam adunan coklat.

ni lak i letak choc hazelnut spread sbg filling..sedaap!

Salam bersiaran kembali..setelah lama x berhupdet blog ku ini..almaklumler tuanrumah cibuk banget!! arini br start cuti..huhuuu!! sebagai meraikan hari cutiku ini..nah amik cekelat sorang sebiji ek!! baru wat malam tadi...kali nih masih guna resipi kak liza cuma tambah bahan2 lain sikit nak bagi lg uummphh!!. resipi asal sila klik sini.

HOME-MADE CHOCOLATE

Bahan
300 gm cooking coklat (kita guna dark chocolate) -klu nk sedap beli ler couverture chocolate @ jenama spt beryl's, hersheys ,v/houten atau yg seumpamanye..hehe!
50 gm cocoa butter
2 sudu besar serbuk milo@cadbury
2 sudu besar milk powder (nak guna whip cream pun okay gak!)
kekacang [badam/hazel/walnut..kismis] @ any filling spt mint, hazelnut spread dsb.
acuan coklat

Cara
1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair pastu tambah milo & susu.kacau sehingga bahan2 larut sepenuhnye.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang , kismis atau filling yg lain. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]
6. Hidangkan.

Tuesday, February 9, 2010

MENU ARINI..


salam..hari ni hari last bercuti..esok dh mula bertugas kembali sampai raya cina minggu depan..huhuuu!! owg bercuti kita kene keje..nk wat camno!! pepun ni nk tayang menu arini..
udang goreng berempah & sambal telur jek! udang berempah tu ikut resipi kt dapur dayangjack (tp dayang guna sotong)..mmg sempoi tp sedaap banget! jom layan resipinye.kita cnp kt dapur dayang ye! thnx dayang for sharing this marvelous recipe..!!

UDANG BEREMPAH

Bahan-bahan :
  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)-akak guna udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

Sunday, February 7, 2010

BLUEBERRY LEMON CHEESETART & B/BERI YOGURT MUFFIN





huhuu..arini kita merajinkan diri wat dua sekaligus..iyela..mmg pun nk menghabiskan bluberi filling ngan cheesecream separuh ketui kt lam peties tuh!! resipi dah pernah letak sebelum nih tp x pe..angin rajin datang..akak taruh balik resipi kedua2nye ye!

BLUEBERRY YOGURT MUFFIN
(resipi asal lemon yogurt muffin dr aunty yochana tp kita tambah bluberi filing jek)

Bahan-bahan:
200 gm self raising flour
1 sudu teh baking powder1/2 biji lemon (perah jusnya)
parutan kulit lemon dari sebiji lemon(tambah sendiri ni)
140 ml yoghurt plain (i used 200ml..follow resipi asal dr aunty yochana)
100 gm gula castor
100 gm butter
2 biji telur
secubit garamblueberry filling secukupnye
Cara-cara:
1. Cairkan gula castor dan butter secara double boiler. Kacau menggunakan hand whisker sahaja. Sejukkan seketika.
2. Campurkan yoghurt, jus lemon dan telur ke dalam bancuhan butter dan gula tadi.
3. Ayak tepung , baking powder dan secubit garam.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter, dan kacau sekadar rata sahaja.
5. Sudukan adunan kedalam papercups serta letakan filling bluberi dan bakar pada suhu 180 C selama 20 hingga 25 minit.

RESIPI BLUEBERY LEMON CHEESETART

Bahan-bahan untuk pastrinya:


250 gm tepung gandum
40 gm gula icing

125 gm butter

1 biji kuning telur

1/2 suduteh esen vanila

sedikit garam


cara-caranya:

Satukan tepung gandum,garam dan gula icing.Campurkan butter dan esen vanila ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.Kemudian masukkan kuning telur dan uli hingga sebati.Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.


Bahan-bahan untuk filling :

125 gm cream cheese
10 gm butter

30 gm gula kastor

1/2 biji telur

1/2 biji lemon-ambil parutan kulitnya

20 ml whipped cream

bluberi filling/jem

Cara-caranya:

Krimkan cheese sampai licin dan gebu,masukkan gula dan butter ,pukul sampai sebati.Kemudian masukkan telur & whip cream,pukul lagi hingga kembang .

Keluarkan doh dari peti sejuk.ambilkan sedikit doh masukkan dalam acuan tart dan tekan rata mengikut ketebalan yang dikehendaki.Cucuk cucukkan bawah tart dengan garpu dan bakar lebihkurang 10 minit @ sehingga 1/2 masak.Kemudian masukkan cream cheese dan bluberi jem dilorekkan diatas krim cheese. bakar lagi sehingga masak lebihkurang 12-15minit lagi (ikut oven masing2).Jangan terlebih bakar takut intinya merekah dan warnanya tak cantik.

Friday, February 5, 2010

PAU KACANG MERAH


Salam..ni haa pau wat malam tadi! dah lama x mengerjakan BM ku yg dh berhabuk tuh..teringin nmpak pau ni kt dapur hana aritu..resipi asal dari ton@myR..mmg lembut & gebuzz gituu!! thanx hana & ton..as usual akak cnp jek dr umah hana yek!! lebiuuuu...

RESIPI PAU

Bahan-bahan
  • 250g (2 1/2 cwn) tpg pau diayak ( tpg gandum pun bleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ade pengukus).

Thursday, February 4, 2010

KUZI AYAM



salam rindu seme..ni menu arini iaitu ayam masak kuzi dan udang masak merah. resipi ayam kuzi tu amik dari dapur kak hanieliza! thanx kak liza..mmg sempoi & sedap!! jom kita lihat resipinye.. (resipi udang xyah ler..seme owg tau kan!)

RESIPI AYAM MASAK KUZI

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair

2 s/b rempah kuzi

5 biji cili merah

2 biji tomato buah [belah 4]

1 labu bawang besar [belah 4]

2 s/b kismis

1 cawan sos tomato

garam

kunyit

minyak


Bahan Mesin

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

5 cm halia

1 cawan bawang goreng

5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.

2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.

5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.